jump to navigation

Berhati-Hati Mencari Pasangan Jun 4, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cinta, Perkahwinan.
trackback

Oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Baik lelaki mahupun wanita pasti mencari pasangan yang ideal dan sesuai bagi menjadi teman hidup hingga akhir hayat. Menjadi keutamaan untuk mencari yang terbaik bagi diri kita dan ia memerlukan panduan membuat keputusan. Maka dalam kita berusaha mencari pasangan yang sesuai, kita tidak lari daripada realiti kewujudan individu yang mencari cinta bukan dengan matlamat jelas.

Lelaki Yang Perlu Dijauhi
Tuli-Anda mungkin meminatinya dan cuba memikat hatinya dengan pelbagai cara, namun respon yang diberikan sentiasa dalam keadaan kaku dan berkelakuan seperti biasa.Terimalah hakikat, mungkin dia tidak mempunyai keinginan pada kita.

Penggantung-Lelaki kategori penggantung menjadikan kita sebagai sumber membiayai kehidupannya, dari sebelum berkahwin sehingga sudah berkeluarga.Ada wanita mengadu, acapkali kekasihnya hendak menghubunginya, dia hanya membuat missed call beberapa kali ke nombornya. Maka wanita itu yang menghubungi lelaki itu kembali dan berbual hingga dua ke lima jam.Inilah contoh lelaki penggantung.

Suami-Berkahwin dengan suami orang atau berpoligami kebarangkalian bermula dan berakhir dengan kebahagiaan. Namun berlaku keadaan apabila hubungan dengan lelaki yang menjadi pasangan berakhir dengan kekecewaan.Sesudah beberapa lama menjalin percintaan, lelaki itu kembali semula kepada isterinya. Ataupun merahsiakan statusnya begitu lama.

Wanita Yang Perlu Dijauhi
Gula-gula-Gadis muda umpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menghargai kehadiran kita. Gadis muda ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya. Kita tidak lokek untuk berbelanja besar dan ini sesuatu yang menggembirakannya.

Bintang-Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan bagi mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi dia mempunyai keinginan besar yang jelas untuk bukan diri kita. Apabila kita mempertemukannya dengan individu-individu yang lebih menonjol sama ada artis, usahawan tersohor ataupun ahli politik, kita sebenarnya memberi umpan yang lebih besar kepadanya.

Pendendam-Pengalaman buruk dalam keluarga ataupun kegagalan dalam percintaan menjadikan mereka lebih anti pada lelaki. Bercinta dengan golongan kategori ini meletakkan diri kita seolah-olah penebus kesalahan lelaki lain padanya. Mereka cenderung merendah-rendahkan lelaki tanpa sebab dan mengangkat imej wanita. Kedua, kesalahan kecil kita adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan sama sekali meskipun kita terlupa memesankan makanan kegemarannya semasa makan bersama.

Dipetik daripada buku “Memahami Bahasa Cinta Lelaki” tulisan Zamri Mohamad.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan komen