jump to navigation

Memahami Muamalat Islam Jun 4, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Ekonomi.
trackback

Oleh Koperasi Belia Islam

Islam adalah cara hidup; dan cara hidup yang ditampilkan adalah cara hidup yang lengkap dan sempurna. Kesempurnaan Islam tidak ada tandingannya malah ia mendahului lain-lain agama, kepercayaan, idealisme dan sistem ciptaan manusia. Inilah yang patut menjadi keyakinan kita selaku muslim -mukmin. Rujukan tatacara kehidupan yang amat luas, rencam dan pelbagai sifatnya disandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah,sementara segala permasalahan yang tidak disebut secara terang atau diperselisihkan akan ditentukan secara Ijma’ (disepakati secara majoriti) oleh ulama’ yang muktabar dan Qias. Ulama’ telah memperincikan lima bidang utama dalam menetapkan kaedah hukum iaitu Ibadat, Jinayat (yang juga dikenal sebagai ‘Uqubat), Munakahat dan Mu’amalat. Setiap satu bidang mempunyai fiqhnya yang tersendiri. Mu’amalat adalah merujuk pada segala urusan yang berkaitandengan harta ( mal ). Ia mencakupi segala jenis pertukaran seperti jual-beli dan sewaan, Tabarru’ seperti hibah, waqaf dan wasiat,Pengguguran hak seperti pelepasan hutang, segala jenis persyarikatan, Tauthqat seperti gadaian, jaminan dan hawalah. Demikianlah Islam memperincikan pengurusan harta agar ia menepati kehendak sebenar dan menjamin hak setiap indivudu. Kita perlu memahami bahawa kepatuhan terhadap kaedah fiqh inilah yang akan menentukan matlamat akhir tercapai iaitu ‘keredahaan Allah’. Perlaksanaan yang menepati kehendak syariat akan menghasilkan natijah yang benar seperti mengelak penindasan dan penipuan,disamping membentuk jatidiri seperti jujur, amanah, adil, telus, membantu fakir miskin; maka disinilah keindahan Islam dapat dirasai bersama. Syariatlah yang memandu kita agar tidak tersasar dari sikap tamak, rakus dan haloba, kerana tidak ada jaminan kita mampu mengawasi nafsu yang memang fitrahnya mencari dan mengejar keuntungan semata-mata. Islam menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba, dari hadis Nabi s.a.w.dalam menghuraikan kedudukan halal dan haram baginda menyebut
“Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata dan diantara keduanya ada perkara kesamaran barangsiapa yang memelihara dari segala
kesamaran, sesungguhnya dia memelihara agama dan kehormatannya” (riyawat Bukhari-Muslim).

Kepelbagaian Instrumen

Kepelbagaian instrumen jual-beli dan akad menggambarkan betapa rencamnya urusniaga yang diharuskan oleh Islam. Jenis akad (kontrak)
bagi mengesahkan berlaku transaksi baik berupa jual-beli, penyerahan hak dan sebagainya kini menjadi produk perbankan dan institusi perniagaan
setanding dengan produk-produk konvensional dan ini telah membuka jalan kepada umat Islam bagi memperluaskan aktiviti perniagaannya. Berikut
adalah diantara contoh dari huraian diatas:

Kontrak Jual-Beli
Kontrak Al-Murabahah
Bai Bithaman Ajil
Ar-Rahnu
Kontrak Bai Al ‘Inah
Kontrak al-Dayn
Wadiah
Kontrak Musharakah
Kontrak Al-Mudharabah
Kontrak al-kafalah
Kontrak ijarah
Kontrak Sewa Kemudian Beli
Kontrak Wakalah
Sale and purchase
Product financing
Asset financing
Pajak gadai
Personal Loan
Securitisation / debt trading
Saving/current accounts
Joint venture profit sharing
Trustee profit sharing
Letter of Guarantee
Leasing / Mortgage
Hire Purchase
Letter of credit

Lingkungan dan tanggungjawab hukum

Umumnya setiap muslim yang mukalaf tidak akan terlepas dari lingkungan hukum sama ada dalam bentuk wajib, sunat, makruh, harus dan haram.
Dalam apa jua keadaan sekalipun,secara sengaja ataupun tidak, hukum-hukum ini tetap berlaku. Oleh kerana itu dalam perbicaraan mua’malat Islam,
kehendak dan tanggungjawab melaksana serta mematuhinya tidak hanya terletak pada sebelah pihak sahaja tetapi ia melibatkan kedua-dua belah pihak
seperti pembeli dan penjual, penghutang dan pemberi hutang, pemilik dengan penyewa dan seterusnya. Semuanya ada hak, tanggungjawab, tuntutan yang
perlu ditunaikan. Kita tidak boleh lari dari masalah memberi hutang atau berhutang,terlibat dalam transaksi jual-beli, menjadi saksi dan sebagainya.
Semuanya ini menuntut pengetahuan dan kita dituntut untuk mempelajarinya.
Sebagai contoh dalam hal menentukan keperluan yang bersifat Dharuriy, disana terdapat prinsip fiqh al-kuliyyat al-khamsiyyah yang mesti difahami.
Kita wajib memelihara dan mempertahankan lima perkara ini bagi menentukan kedudukan agama pada diri, jiwa,akal, kehormatan dan harta. Dharurat yang
difaham umum adalah dalam keadaan terpaksa. Melepaskan diri dari hukum yang hendaklah diasakan pada lima perkara yang disebutkan tadi. Berikut
adalah huraian tersebut (berdasarkan pertikan kertas Prof. Madya Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa) :


DHARURY MANUSIA

~Sesuatu yang wajib adanya bagi kepentingan hidup manusia dan kemaslahatannya
AGAMA- Kesatuan aqidah, ibadah, hokum dan undang-undang yang disyari’atkan oleh ALLAH S.W.T bagi mengatur hubungan manusia dengan tuhannya dan hubungan antara sesama manusia. Islam telah mensyariatkan kewajipan dan rukun islam sebagai sendinya; aqidah dan pokok-pokok ibadah; mendahwahkan ajaran islam; disyari’atkan jihad atas orang yang merintangi jalan dahwah Islam; dihukum orang murtad, membuat bid’ah serta larangan menghalalkan yang haram.

JIWA- bagi melindungi jiwa, disyari’atkan perkahwinan bagi melanjutkan keturunan; kewajipan memperolehi sesuatu yang dapat menegakkan jiwa-makanan-utama, minuman, pakaian, tempat tinggal; hokum qisas (hukuman setimpal), diyat (denda) dan kafarah (tebusan) terhadap orang yang menganiaya dan merosak jiwa serta kewajipan mempertahankan jiwa dari bahaya dan malapetaka.

AKAL- Islam mensyari’atkan pengharaman khamar (arak) dan setiap yang memabukan serta apa saja larangan yang diperlukan bagi mengelakkan rosak akal.

KEHORMATAN (AL’Irdh) – disyari’atkan had (dera) bagi lelaki atau perempuan yang berzina dan penuduh pembuat zina.

HARTA- kewajipan berusaha mencari rezeki dan membolehkan mu’amalah dan tijarah dilaksanakan. Bagi memelihara dan menjaga harta, Islam mensyari’atkan haramnya pencurian (hukuman had), penipuan, kianat dan memakan harta manusia secara batil; haraman riba.

Islam menjamin pemeliharaan kepentingan dharuriy dengan cara membolehkan makan yang diharamlkan ketika terpaksa (dharurat)

Firman ALLAH SWT (bermaksud):

Dan perangilah mereka sehingga tadak ada fitnah, supaya agama itu dilaksanakan semata-mata bagi ALLAH

(Surah Al-Anfal-39)

Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan)hidup bagimu

(Surah AL-Baqarah-179)

HAJIYAH MANUSIA

Asas kepada hijayah bertitik tolak pada sesuatu yang dapat menghilangkan kesempitan, meringankan beban yang menyulitakan dan memudahkan jalan-jalan mu’amalah serta mubadalah.

Islam mensyari’atkan dalam ibadah beberapa hokum rukhsoh (keringanan,kelapangan) – membolehkan berbuka puasa ramadhan siang hari bagi orang sakit atau musafir; meringkaskan sembahyang bagi musafir; sembahyang duduk bagi ynag tidak berkerupayaan berdiri; tayamun; sembahyang atas kapal.

Dalam mu’amalah disyari’atkan bermacam aqad (kontrak) seperti pelbagai jual beli, sewa- menyewa, syirkah, mudhrabah dan beberapa hokum rukhsoh dalam aqad yang tidak tertutup untuk dikembangkan melalui qisas; kaeadh-kaedah umum dalam aqad pesanan, jual beli secara wafa’,pemesanan barangan industri, perihal pertanian, pengairan dan lain-lain keperluan manusia.

Islam juga mensyari’atkan talak dalam perkahwinan; menghalalkan binatang buruan, bangkai laut dan segala rezeki ynag halal. Seperti juga dalam hal dhururiy yang membolehkan sesuatu yang telah diharamkan, hal yang sama juga berlaku dalam hal Haji.

Dalam hal uqubah (pidana), Islam melaksanakan tuntutan diyat (dengan tebusan) kepada aqilah (keluarga pembunuh) bagi kes tidak sengaja dan juga hak mengampuni pelaksaan hukum qisas terhadap pembunuh.

Firman ALLAH SWT (bermaksud):

Allah tidak hendak menyulitkan kamu
(surah Al-Maidah-6)

Dan Dia (Allah) tidak sekali-kali menjadiakan untuk kamu suatau kesempitan dalam agama” (surah Al-Hajj-78)

Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
(surah Al-Baqarah-185)

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah. ” (Surah An-Nisa-28)

Sabda Nabi SAW (bermaksud):

“Saya diutuskan dengan agama yang lurus dan ringan


TAHSINIYAH MANUSIA

Perihal tahsiniyah bertitik tolak pada sesuatu yang membuat indah manusia dan juga membuat hal itu sesuai dengan tuntutan norma dan akhlak mulia.

Dalam ibadah, disyari’atkan bersuci badan, pakaian, tempat, penutup aurat, menjaga dari semua najis; Islam menganjur berhias ketika hendak ke masjid, menambah ibadah sunat dengan sadaqah, sembahyang dan puasa.

Dalam hal muamalah, Isalma mengharamkan tipu daya, pemalsuan, penipuan, melampui batas, kikir terhadap diri sendiri, melarang penggunaan setiap sesuatu yang dianggap najis dan bahaya. Dalam hal lapangan uqubah (pidana), Islam melarang mambunuh para pendeta, anak-anak dan kaum wanita. Masa peperangan, dilarang penyiksaan dan kianat, larangan membunuh orang tidak bersenjata, membakar ornag hidup-hidup atau sesudah mati. Dalam hal akhlak, Islam mendidik kerjasama dan usaha pada jalan yang lurus.

Firman Allah SWT (bermaksud) :

“Tetapi Dia (Allah) hendak membersihkan kamu dari menyempurkan ni’matNya bagimu” (surah Al- Maidah-6)

Hadis Nabi SAW (Bermaksud):

Saya hanya diutus untuk menyerpurnakan akhlak mulia

Sesungguhnya Allah SWT itu suci.Dia tidak menerima kecuali sesuatu yang suci/baik.”

About these ads

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: