jump to navigation

Mengenal Hikmah di dalam Quran Jun 5, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Al-Quran.
trackback

Oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Mengenal Hikmah di dalam Quran

Quran menjelaskan, melalui hikmah manusia memperolehi kebaikan yang banyak. Hikmah adalah anugerah daripada Allah secara percuma, tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkannya. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 269 bermaksud,

“Allah menganugerahkan hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan sunah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).”

Hikmah mempunyai banyak maksud, sebahagian ulama mengertikan hikmah sebagai sunah Nabi Muhammad. Penulis lebih cenderung mengertikan hikmah sebagai ‘sekumpulan hukum yang mengandungi pelbagai kebaikan dan kebenaran’.

Menurut Quran, hikmah dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

Pengertian
Pengertian hikmah dalam Quran luas, antaranya:

1) Sebahagian daripada nikmat Allah, disebut dalam surah al-Baqarah ayat 231.

2)Bersama dengan kitab-kitab suci, disebut dalam surah al-Maidah ayat 110.

3)Pendidikan mengenai kebaikan, disebut dalam surah al-Israk ayat 23 hingga 39 dan surah Luqman ayat 12 hingga 19.

4)Nilai-nilai dakwah, disebut dalam surah an-Nahl ayat 125.

5)Berkaitan dengan kemampuan dan sesuatu yang disampaikan oleh Nabi Isa, disebut dalam surah al-Zukhruf ayat 63.

Kedudukan
Hikmah berkedudukan sebagai:

1)Kebahagiaan dari Allah melalui Rasulullah, disebut dalam surah Ali Imran ayat 16.

2)Beriringan dengan pembacaan ayat-ayat Allah, kitab, kenabian, penyucian dan pengajaran ilmu oleh Nabi Muhammad dan para rasul, disebut dalam surah al-Baqarah ayat 129 dan 151, al-Jumu’ah ayat 2 dan al-An’am ayat 89.

3)Sebahagian daripada isi Quran, disebut dalam surah Ali Imran ayat 58, surah Yunus ayat 1, surah Luqman ayat 2 dan surah al-Zukhruf ayat 4.

4)Bersama-sama dengan ilmu, disebut dalam surah Yusuf ayat 22, surah al-Qasas ayat 14 dan surah Maryam ayat 12.

5)Berserta dengan pemberian kerajaan dan pemutusan kebijaksanaan, disebut dalam surah as-Sad ayat 20.

6)Bersama dengan kitab yang diberikan kepada nabi-nabi, disebut dalam surah Ali Imran ayat 81.

7)Bersama dengan ayat-ayat Allah, diajarkan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad, disebut dalam surah al-Ahzab ayat 34.

Sifat-sifat
Antara sifat-sifat hikmah adalah:

1)Diajarkan oleh Allah, disebut dalam surah Ali Imran ayat 48.

2)Diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam surah Ali Imran ayat 164.

3)Kisah berbentuk larangan, dalam surah al-Qamar ayat 4.

4)Digunakan bagi tujuan pengajaran dan tadabur Kitab, dalam surah Ali Imran ayat 79.

Fungsi
Fungsi hikmah adalah:

1)Memperoleh kebaikan yang banyak, disebut dalam surah al-Baqarah ayat 269.

2)Penyelamat daripada azab, surah al-Anbiyak ayat 74.

3)Menjadikan ayat-ayat Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang yang melakukan kebaikan, surah Luqman ayat 2 hingga 3.

4)Membantu para nabi menjalankan tugas, surah as-Sad ayat 20, dan surah al-Zukhruf ayat 63.

Syarat mendapatkannya
Bagi mendapatkan hikmah, perlu memenuhi dua syarat iaitu:

1)Melalui tauhid, sebagaimana disebut dalam surah al-Israk ayat 39.

2)Berpegang teguh kepada Quran, disebut dalam surah Maryam ayat 12.

Tokoh-tokoh yang memperoleh hikmah
Quran menyebutkan beberapa tokoh yang memperoleh hikmah, antaranya:

1)Nabi Isa, melalui surah Ali Imran ayat 48.
2)Nabi Yusuf, melalui surah Yusuf ayat 22.
3)Nabi Yahya, melalui surah Maryam ayat 12.
4)Nabi Musa, melalui surah al-Qasas ayat 14.
5)Nabi Sulaiman, melalui surah al-Anbiyak ayat 79.
6)Luqman, melalui surah Luqman ayat 12.

Pesanan atau pendidikan akhlak melalui hikmah
Melalui surah al-Israk ayat 23 hingga 39, hikmah memaparkan beberapa pesanan yang berbentuk pendidikan akhlak:
1)Hanya menyembah kepada Allah..
2)Berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan menjaga keduanya apabila mereka telah tua.
3)Menguruskan harta dengan mengeluarkan zakat, infak dan sedekah.
4)Tidak membazir harta.
5)Sentiasa positif dalam usaha mencari rahmat Allah.
6)Tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros.
7)Jangan membunuh anak-anak kerana takut miskin atau-pun menderita.
8)Jangan terlibat dengan penzinaan dan yang berkaitan dengannya.
9)Jangan membunuh ataupun zalim.
10)Jangan melampaui batas dalam melakukan balasan.
11)Jangan menyalahgunakan harta anak yatim.
12)Hendaklah patuh apabila berjanji.
13)Mesti menyempurnakan timbangan.
14)Jangan mudah terpengaruh kepada sesuatu tanpa ilmu.
15)Jangan bersikap sombong.

Surah Luqman ayat 12 hingga 19, memaparkan pendidikan mengenai:

1)Menjadi orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah.
2)Jangan mempersekutukan Allah.
3)Hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik. Berterima kasih kepada mereka dan memperlakukan mereka dengan baik.
4)Sentiasa mengikut jalan-jalan orang yang mendapat petunjuk.
5)Berbuat kebaikan walaupun sebesar biji kerana semua-nya ada balasan.
6)Mendirikan solat dan mengajak orang lain melakukan-nya, mencegah perbuatan mungkar dan sentiasa ber-sabar dengan apa sahaja yang menimpa.
7)Jangan bersikap angkuh dan memandang rendah kepada orang lain.
8)Sentiasa bersederhana dan bersikap rendah diri.

About these ads

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: