jump to navigation

Kenal Pasti Kekurangan dan Kekuatan Diri Jun 6, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Pengurusan Diri.
trackback

Oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Adakah kita benar-benar kenal diri sendiri? Kalau ‘Ya’, sudah pasti kita tahu apa kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Kelebihan diri perlu diperkukuhkan dan ditonjolkan manakala kekurangan kita perlu diperbaiki. Ini perlu bagi membantu diri kita dalam memohon pekerjaan.

Kenal Pasti Kekurangan dan Kelebihan Diri

Dalam mencari pekerjaan kita perlu dapat mengenal pasti kekurangan dan kelemahan diri. Kita perlu berusaha seberapa daya mengatasinya supaya lebih mudah dan yakin dalam mencari pekerjaan. Kaji punca-punca yang menyebabkan kita sukar mendapatkan pekerjaan, terutama yang berpunca daripada kekurangan kita sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan perkara yang berpunca daripada sebab-sebab di luar kawalan kita, contohnya disebabkan merudum-nya ekonomi dunia, peperangan ataupun wabak penyakit yang mencemaskan seperti SARS ataupun selesema burung yang baru-baru ini melanda wilayah Asia Timur dan Kanada.
Semua kelebihan, kekuatan dan sifat-sifat diri yang positif bukan sahaja dapat membantu kita dalam temu duga yang dihadiri, malahan mendapatkan pekerjaan yang dipohon. Antara sifat-sifat positif yang disukai oleh majikan adalah rajin bekerja, mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, dapat mengendalikan mesin di kilang dengan baik, memiliki ilmu pengetahuan dalam perniagaan dan sebagainya. Apa-bila kita mempunyai sifat-sifat itu, kita adalah calon yang sedang dicari-cari oleh bakal majikan.

Sekiranya kita mempunyai kelebihan dan kekuatan yang diperlukan oleh pihak bakal majikan, bukan sahaja kita mendapat pekerjaan dan berjaya menjawat jawatan itu, tetapi kita juga mendapat pangkat dan anugerah serta dibayar gaji yang lebih tinggi. Faedah lain yang dapat kita nikmati adalah rasa kepuasan dalam diri. Ini kerana, apa yang kita peroleh adalah berkat daripada usaha yang kita lakukan sendiri, tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Malangnya, ramai di kalangan kita yang dapat mengenal pasti kelemahan dan kekurangan diri, tetapi tidak cuba melakukan apa-apa bagi mengatasi dan memperbaikinya. Oleh itu, kita terus tertinggal di takuk lama, sedangkan kita sepatutnya bersama-sama menikmati kejayaan sebagaimana yang dinikmati oleh orang lain.
Mari kita ikuti dan cuba membuat respons kepada per-nyataan-pernyataan di bawah bagi mengukur kemampuan dan kekuatan diri kita supaya berjaya mendapatkan peker-jaan dan menjawat jawatan yang lebih tinggi ataupun seba-liknya. Jawab pernyataan-pernyataan berikut dengan jujur:
1. Saya memohon pekerjaan atau jawatan itu kerana saya dapat melakukan kerja itu dengan baik.
2. Saya mempunyai kepakaran bagi melaksanakan tang-gungjawab itu.
3. Saya memiliki lebih daripada tujuh sifat murni yang membolehkan saya mendapat kepuasan dalam pe-kerjaan yang saya pohon.
4. Saya tamat sekolah menengah dan memiliki sijil kemahiran vokasional.
5. Saya memiliki sijil kemahiran IT.
6. Saya sedang mengikuti latihan dalam pekerjaan bagi mengendalikan tugasan yang diberikan di tempat saya bekerja sekarang.
7. Saya pakar mengendalikan mesin ataupun motor tek-nikal di tempat saya bekerja sekarang.
8. Saya merancang melanjutkan pelajaran dalam bidang pekerjaan yang saya minati.
9. Saya rasa seronok bekerja di tempat saya bekerja se-karang walaupun sudah melebihi lima tahun di tempat ini.
10. Rekod bekerja saya baik. Majikan saya menganggap sa-ya pekerja cemerlang.
11. Rekod kehadiran saya sewaktu di sekolah dan juga di tempat kerja adalah baik.
12. Saya dapat memberi alasan-alasan yang positif menga-pa saya bertukar tempat kerja.
13. Minat, cita-cita dan tidak takut pada cabaran adalah sebab saya ingin bertukar kerja.
14. Majikan saya sekarang pasti dapat memberi sokongan positif bagi saya bertukar tempat kerja kerana jawatan baru itu adalah satu kenaikan pangkat.
15. Saya sedang membuat kajian mengenai organisasi dan budaya kerja di tempat baru.

Rumusan
Kebanyakan daripada pernyataan di atas sepatutnya diberikan respons yang positif “Ya.” Pengetahuan dan ilmu yang kita huraikan semasa memberi respons itu dapat mem-bantu kita semasa ditemu duga dan menjawab soalan-soalan sukar yang diajukan kepada kita.

Dipetik daripada: Cara Mudah Mencari Pekerjaan

About these ads

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: