jump to navigation

Berjaya atau gagal pilihan sendiri Jun 4, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Motivasi, Pengurusan Diri.
trackback

Bersama Dr. H.M.Tuah Al-Haj

“Untuk cemerlang memang banyak halangannya tetapi untuk tidak

cemerlang pun apa kurangnya”

 

Kedua-duanya sama susah. Sebagaimana hendak berbuat jenayah, ia sama susah dengan hendak berbuat jasa. Seorang penjenayah terpaksa sembunyi-sembunyi tatkala melakukan jenayahnya itu susah. Seorang dermawan terpaksa berusaha keras mencari lebihan harta untuk menyalurkan bantuan, itu juga susah. Namun, susah seorang penjenayah mendatangkan bahaya dan bala, sedangkan susah seorang dermawan mendatang pahala dan laba.

Untuk jatuh ke dalam longkang, itu payah. Kena cari longkang dan kena pura-pura tidak berupaya melebarkan langkah. Maka jatuhlah ke dalam longkang. Untuk melompati longkang, itu pun payah. Setelah mencari longkang kena ukur keupayaan sama ada mampu melangkah atau sebaliknya. Kalau mampu teruskan saja, kalau tidak binalah titi. Itu susah tapi berbaloi sebab selamat dan bakal memudahkan ramai orang.

Untuk berjaya atau gagal itu sama susah. Maka pilihlah berjaya sebab berjaya hasilnya lumayan. Ramai orang tidak kuat berusaha kerana menyangka untuk berjaya itu amat susah. Sebenarnya untuk gagal ada kalanya lebih susah.

Ketika perompak merangka strategi rompakannya, mereka bukan setakat mengkaji lokasi, malah mungkin juga psikologi mangsa dan matematik berasaskan logik dan kreatif. Bukan sehari, kadang-kadang hingga berminggu-minggu. Pelbagai kemungkinan dirangka, pelbagai cara dan taktik difikirkan. Mereka juga tentu telah bersusah payah untuk mendapatkan senjata api.

Setiap perbuatan jahat menempa risiko yang amat besar. Kalau pun berjaya, mudahkah hasil rompakan itu dibelanjakan? Hidup dalam ketakutan, tidak lagi mengenal erti merdeka, apakah itu nikmat?

Seorang sateria berjaya dalam tugasnya, lalu dia mendapat pujian raja serta diberikan pangkat. Kejayaan sateria ini tidak mudah diterima oleh semua orang, terutama sateria lain yang sama kedudukan. Merasakan dirinya terpinggir dia merancang sesuatu apabila tiba masanya nanti.

Masa yang dinanti itu pun tiba. Suatu hari raja memerintahkan kedua-dua sateria berkenaan mengetuai pasukan pergi memerangi pemberontak di sempadan. Kesempatan ini diambil oleh sateria yang memusuhinya untuk melaksanakan satu rancangan jahat.

Akhirnya, di medan pertempuran, mereka bukan berperang dengan musuh tetapi berperang sesama sendiri. Setelah kedua-duanya tercedera dengan teruk dan akhirnya tertawan barulah mereka sedar, pangkat dan pujian tidak berguna lagi dalam keadaan begitu. Bukankah baik sekiranya mereka berjuang bersama-sama dan akhirnya kembali membawa kemenangan dan menjulang pujian daripada bersama-sama menanggung penghinaan sebagai tawanan perang.

Dalam hal demikian, kedua-dua sateria adalah bersalah. Mendapat pujian dan menerima sanjungan raja itu penting tetapi di medan pertempuran hal itu bukan utama. Yang lebih patut adalah kemenangan dan pulang dengan kemuliaan. Bukankah lagi baik berjaya dalam peperangan daripada gagal dalam peperangan? Siapa yang menjadi pemimpin tidak penting, siapa yang patut dipuji juga tidak penting, siapa yang bakal diarak mengelilingi kota juga tidak penting, yang penting pulang dengan selamat.

Sesungguhnya untuk gagal dan untuk berjaya itu sama susah. Setiap orang di sekeliling kita adalah aset kita membina kecemerlangan dan keterbilangan. Jika mereka berjaya anda turut berjaya, jika mereka gagal anda lebih dulu gagal. Pilihan terletak di tangan anda sendiri.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: