jump to navigation

Penyusunan Ayat-ayat Al-Quran Jun 5, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Al-Quran.
trackback

Oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Jibril menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad dan menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu perlu diletakkan dalam surah ataupun ayat-ayat yang turun sebelumnya. Lalu beliau memerintahkan kepada para penulis wahyu menulisnya di tempat itu.

Tertib atau susunan ayat di dalam al-Quran mengikut pendapat para ilmuwan adalah tauqifi iaitu ketentuan daripada Nabi Muhammad berdasarkan wahyu daripada Allah. Sebahagian ilmuwan menyatakan pendapat ini adalah ijmak atau sepakat semua ilmuwan.

Antaranya al-Zarkashi dan Abu Ja`far bin al-Zubair. Abu Ja`far mengatakan: “Tertib ayat-ayat dalam surah-surah berdasarkan tauqifi daripada Rasulullah dan atas perintahnya, tanpa ada perselisihan kaum Muslimin.” Mengikut as-Suyuti, ijmak dan nas atau dalil yang ada menegaskan ayat-ayat al-Quran itu berdasarkan tauqifi daripada Nabi Muhammad.

Jibril menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad dan menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu perlu diletakkan dalam surah ataupun ayat-ayat yang turun sebelumnya. Lalu beliau memerintahkan kepada para penulis wahyu menulisnya di tempat itu.

Beliau mengatakan kepada mereka, “Letakkan ayat-ayat ini pada surah yang dalamnya disebutkan begini dan begini,” ataupun “Letakkan ayat ini di tempat itu.”

Usman bin Abil melaporkan, “Aku sedang duduk di samping Rasulullah, tiba-tiba pandangannya menjadi tajam lalu kembali semula. Kemudian katanya, ‘Jibril datang kepadaku dan memerintahkan supaya aku meletakkan ayat ini di tempat itu daripada surah ini,

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi kepada kaum kerabat…” (Surah al-Nahl ayat 90).

Antara alasan-alasan yang digunakan bagi menunjukkan ayat-ayat al-Quran disusun berdasarkan tauqifi adalah sejumlah hadis yang menunjukkan keutamaan dan ke-lebihan beberapa ayat daripada surah-surah tertentu. Ini menunjukkan, tertib ayat-ayat bersifat tauqifi. Sekiranya tertibnya dapat diubah, tentulah ayat-ayat itu tidak di-dukung oleh hadis-hadis itu atau kelebihan ayat-ayat itu tidak dapat dipraktikkan.

Abu Darda’ menyebut satu hadis, “Barang siapa hafal 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, Allah melindunginya daripada dajal.” Dalam laporan yang lain dikatakan, “Barang siapa membaca 10 ayat yang akhir daripada surah al-Kahfi…” (Direkodkan oleh Muslim).

Terdapat juga hadis-hadis lain yang menunjukkan letak ayat tertentu pada tempatnya. Umar berkata, “Aku tidak menanyakan kepada nabi mengenai sesuatu lebih banyak daripada aku tanyakan kepadanya mengenai kalalah (pusaka), sehingga nabi me-nekankan jarinya ke dadaku dan mengatakan, Tidak cukupkah bagimu ayat yang diturunkan pada musim panas, yang terdapat dalam akhir surah an-Nisak? (Direkodkan oleh Muslim).

Di samping itu, diceritakan pula nabi membaca sejumlah surah dengan tertib ayat-ayatnya dalam sembahyang ataupun dalam khutbah seperti surah al-Baqarah, Ali Imran dan an-Nisak. Terdapat juga hadis yang mengatakan beliau membaca surah al-A`raf dalam sembahyang Maghrib dan membaca surah as-Sajdah dan diikuti oleh surah ad-Dahr dalam sembahyang Subuh hari Jumaat. As-Suyuti menegaskan, “Pembacaan surah-surah yang dilakukan di hadapan para sahabat itu menunjukkan tertib atau susunan ayat-ayatnya adalah tauqifi. Ini kerana, para sahabat tidak me-nyusunnya dengan susunan yang berbeza dengan apa yang mereka dengar daripada nabi. (Al-Qattan)

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: