jump to navigation

Sentiasa Fikir Menang-menang Jun 5, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Ekonomi.
trackback

Oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Baca dan ambillah iktibar daripada kisah ini…

Jurujual Syarikat Lembah Emas, Raju, sedang melakukan pembentangan kepada prospek sambil diperhatikan oleh pengurusnya, Harun.

Raju : Ya tuan-tuan sekalian, produk ini memang bagus bagi kesihatan dan bagi mencantikkan kulit. Saya cadangkan tuan-tuan hadiahkan produk ini kepada isteri masing-masing.

Dia berkata demikian sambil tersenyum.

Pelanggan 1 : Tetapi, ada kesan sampingan ataupun tidak?
Raju : Tiada kesan sampingan langsung. Tuan-tuan semua jangan risau.
Pelanggan 2 : Bolehkah ia digunakan bagi melawan kanser?
Raju : Ia bagi mencegah tetapi bagi melawan dan menyembuhkan kanser, ia mengambil masa.
Pelangan 3 : Adakah ia sesuai bagi kanak-kanak?
Raju : Ya, produk ini sesuai untuk mereka yang berumur 6 bulan ke atas.

Selepas pembentangan…

Harun : Raju, pembentangan awak tadi cukup bagus!
Raju : Terima kasih, Encik Harun.
Harun : Tetapi, ada satu perkara yang silap.
Raju : Apa yang silap, Encik Harun?
Harun : Awak ingat tak salah seorang pelanggan bertanyakan mengenai kesan sampingan?
Raju : Ya, kenapa?
Harun : Awak jawab yang produk kita tiada kesan sampingan.
Raju : Ya, betul.
Harun : Tapi awak tidak beritahu yang apabila mereka menggunakan produk kita, mereka mungkin akan mengalami kesan penyembuhan.
Raju : Ya, saya sengaja tidak beritahu.
Harun : Kenapa, Raju?
Raju : Bukan apa. Saya risau apabila saya beritahu, mereka tidak akan beli.
Harun : Tidak boleh begitu, Raju. Kita tidak boleh hanya memikirkan kepentingan kita saja. Kita mesti memikirkan kepentingan semua pihak, terutama para pelanggan dan prospek. Kita perlu menggunakan prinsip menang-menang.
Raju : Prinsip menang-menang? Apa itu?

Apakah ertinya situasi menang-menang atau win-win situation? Ia adalah keadaan yang mana semua pihak yang terlibat mendapat keuntungan dan tiada yang rugi. Bagi menjadi jurujual yang berjaya, saudara perlu sentiasa mengamalkan prinsip ini dengan sepenuhnya, iaitu saudara perlu sentiasa memberikan nilai yang terbaik kepada para pelanggan. Contohnya, jangan kerana ingin menjimatkan wang, saudara mengurangkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Apa yang penting di sini adalah saudara dan pelanggan mendapat keuntungan yang setimpal daripada urus niaga yang dijalankan. Marilah kita sama-sama beruntung.

Dipetik daripada: Tip 29, buku 166 Tip Sales Efektif oleh Ashadi Zain dan Sharuddin Abdullah

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: