jump to navigation

CIRI ORANG BERIMAN :MENJAUHI PERKARA SYUBHAT Jun 6, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Akhlak, Cara Hidup, Pengurusan Diri.
trackback

Di antara perkara yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW ialah baginda dikehendaki menerangkan kepada umatnya perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT . Sebagaimana firman Allah SWT Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (QS An Nisa’ 176) Rasulullah SAW telah melaksanakan amanah ini dengan jayanya .Sabda Rasulullah SAW

ﻚﻟﺎه ﻻا ﺎﻬﻨﻋ ﻎﻳﺰﻳﻻ ﺎهرﺎﻬﻨآ ﺎﻬﻠﻴﻟ ﺔﻴﻘﻧ ءﺎﻀﻴﺑ ﻰﻠﻋ ﻢﻜﺘآﺮﺗ

Bermaksud : Aku telah tinggalkan kamu dalam keadaan urusan kamu telah aku jelaskan sejelas-jelasnya ibarat sesuatu yang putih bersih tidak dicemari sesuatupun sehingga seumpama sama sahaja malam dan siang , kalau ada yang tersasar dan tersesat juga selepas daripada itu memang dia orang yang akan binasa .

Segala-galanya telah dijelaskan oleh Baginda SAW tetapi oleh kerana kelemahan dan kecuaian kita dalam mendalami dan memahami urusana agama ini maka diantara senarai perkara yang telah jelas halalnya dan senarai perkara yang jelas haramnya terdapat satau zon yang dipanggil syubahat yang tidak diketahui hokum halal atau haramnya oleh kebanyakan manusia tetapi tetap diketahui oleh mereka yang pakar . Perakara yang syubhat boleh berlaku dalam perkara makan dan minum, terdapat hari banyak jenama makanan dan minuman yang tidak diketahui halal dan haramnya.

Perkara syubhat juga boleh berlaku pada urusan jual beli kita pada hari ini .Kita mengetahui secara jelas bahawa apa juga urusan jual beli yang mempunyai unsure riba , penipuan dan melibatkan perkara-perkara dan bahan-bahan haram adalah tidak dibenarkan dan diharamkan oleh Islam.belumpun masyarakat benar-benar memahami isu halal dan haram dalam urusan jual beli ,masyarakat Islam tergoda pula dengan tawaran-tawaran yang menggiurkan dengan pulangan berlipat kali ganda sehingga ketamakan ini menyelimuti isu halal dan haram , isu rezeki yang berkat serta pahala dan dosa.

Dikatakan pelaburan diinternet pada hari ini telah mengubah nasih ramai orang Islam .Tanpa disedari bahawa pelaburan bentuk itu telah menjerat kita melakukan perkara yang suybhat . Terdapat beberapa keraguan dalam pelaburan internet bila ditinjau dari empat perkara di bawah .Atau dengan lain perkataan jika bakal pelabur mendapati bahawa terdapat perkara –perkara yang disebutkan di bawah dalam mana-mana pelaburan dengan memakai nama atau jenama sekalipun maka ia termasuk dalam perkara syubhat dan wajib dijauhi serta ada kalanya ia jelas haram
1. ISU AQAD

Hampir keseluruhan transaksi syarikat-syarikat ini menggunakan istilah pelaburan.Di dalam Islam pelaburan adalah dibenarkan dengan mematuhi segala syarat sah dan rukun-rukunnya. Terdapat sekurang-kurangnya dua pelanggaran syarat sah pelaburan seperti yang telah ditetapkan oleh syara’ iaitu

1.1 Ada jaminan dari syarikat sebagai pengusaha bahawa modal pelabur tidak akan berlaku pelupusan atau modal pelabur dijamin tidak akan rugi .Jaminan ini telah merosakkan aqad pelaburan .

1.2 Kebanyakan syarikat pelaburan ini menawarkan jumlah tertentu serta menjamin pulangan atau keuntungan dalam jumlah yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi.

1.3 Jika kontrak yang dibuat bukan aqad atau kontrak mudharabah adakah ia mungkin aqad atau kontrak memberi pinjaman.Kalau pun ia aqad atau kontrak memberi pinjaman , ia tetap haram kerana wang yang bakal dikembalikan oleh syarikat berkenaan akan beserta dengan amaun atau jumlah tambahan terhadap jumlah modal pinjaman dan bayaran dilakukan secara bertangguh dan kadar lebihan wang berkenaan telah ditetapkan dari awal lagi.Ia dinamakan riba yang diharamkan oleh Islam.

2. ISU DI MANA WANG KITA DILABURKAN.

Bakal pelabur mesti berusaha untuk mengetahui di manakah wang mereka dilaburkan.Jika ia dilaburkan di tempat-tempat yang diharamkan seperti sector yang bersangkutan dengan arak, pelacuran , perjudian ,instrument riba dan apa juga perkara yang jelas haram atau,maka pulangan dari pelaburan itu adalah haram. Apabila penelitian dibuat terhadap syarikat-syarikat berkenaan di dapati mereka mencampuradukkan antara pelaburan –pelaburan halal seperti minyak dan sebagainya dan juga pelaburan-pelaburan yang haram dan syubhat seperti perniagaan mata wang . hadith Rasululullah SAW yang bermaksud Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai” ( HR Muslim)

3. ISU POTENSI PELABUR DITIPU (GHARAR)

Kebanyakkan Syarikat hanya mendedahkan indentitinya serta aktiviti perniagaannya hanya melalui internet dan segala perjanjian hanya melalui internet .Para pelabur dengan penuh kepercayaan mungkin kerana tersilau dengan janji pulangan atau sekadar mencuba langsung tidak memikirkan di mana nasib duitnya kalau syarikat berkenaan menutup laman webnya dan tidak memikirkan undang-undang apakah yang akan melindungi haknya di mahkamah. Dalil pengharamannya adalah dari hadith Nabi SAW :

رﺮﻐﻟا ﻊﻴﺑ ﻦﻋ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر ﻰﻬﻧ

Ertinya : “Nabi SAW melarang dari berjual beli dengan kewujudan Gharar” ( Riwayat Muslim),

4. ISU PANEL SYARIAH

Panel Syariah dalam sesebuah syarikat sangat berperanan menentukan segala perjalanan transaksi samada ada menepati kehendak syara’ ataupun tidak .Sepaling tidak pun kita bersandar kepada kepakaran mereka menentukan halal ataupun tidak urusniaga itu. APA SIKAP KITA TERHADAP PERKARA YANG SYUBHAT (MERAGUKAN)? Dalam menghadapi isu-isu syubhat , Islam sangat menuntut umat Islam meninggalkan perkara-perkara yang meragukan kepada perkara yang meyakinkan berdasar kepada hadith – hadith Rasulullah SAW:

لﺎﻗ ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻰﺿر ﻪﺘﻧﺎﺤﻳرو ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر ﻂﺒﺳ ﺐﻟﺎﻃ ﻰﺑأ ﻦﺑ ﻰﻠﻋ ﻦﺑ ﻦﺴﺤﻟا ﺪﻤﺤﻣ ﻰﺑأ ﻦﻋ : ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر ﻦﻣ ﺖﻈﻔﺣ :ﻚﺒﻳﺮﻳ ﻻ ﺎﻣ ﻰﻟا ﻚﺒﻳﺮﻳ ﺎﻣ عد

Daripada Abu Muhammad al Hassan Ali bin Abi Talib , cucu Rasulullah SAW dan penawar hati baginda .Beliau berkata :Aku menghafal daripada Rasulullah SAW :Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan.(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan An Nasai .

Imam Tirmizi telah berkata :Hadith ini hadith hasan Sahih) Dalam hadith yang lain Baginda SAW menyebut :

لﺎﻗ ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻰﺿر ﺮﻴﺸﺑ ﻦﺑ نﺎﻤﻌﻨﻟا ﷲا ﺪﺒﻋ ﻰﺑأ ﻦﻋ : لﻮﻘﻳ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر ﺖﻌﻤﺳ : ﻦﻴﺑ لﻼﺤﻟا نإ سﺎﻨﻟا ﻦﻣ ﺮﻴﺜآ ﻦﻬﻤﻠﻌﻳ ﻻ تﺎﻬﺒﺘﺸﻣ رﻮﻣأ ﺎﻤﻬﻨﻴﺑو ﻦﻴﺑ ماﺮﺤﻟاو , ﻪﺿﺮﻋو ﻪﻨﻳﺪﻟ أﺮﺒﺘﺳا تﺎﻬﺒﺸﻟا ﻰﻘﺗا ﻦﻤﻓ , ﻊﻗو ﻦﻣو
ﻟا لﻮﺣ ﻰﻋﺮﻳ ﻰﻋاﺮﻟﺎآ ماﺮﺤﻟا ﻰﻓ ﻊﻗو تﺎﻬﺒﺸﻟا ﻰﻓ ﷲا ﻰﻤﺣ نإو ﻰﻤﺣ ﻚﻠﻣ ﻞﻜﻟ نإو ﻻا ﻪﻴﻓ ﻊﺗﺮﻳ نأ ﻚﺷﻮﻳ ﻰﻤﺤﺐﻠﻘﻟا ﻰهو ﻻا ﻪﻠآ ﺪﺴﺠﻟا ﺪﺴﻓ تﺪﺴﻓ اذإو ﻪﻠآ ﺪﺴﺠﻟا ﺢﻠﺻ ﺖﺤﻠﺻ اذإ ﺔﻐﻀﻣ ﺪﺴﺠﻟا ﻰﻓ نإو ﻻا ﻪﻣرﺎﺤﻣ

Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan ,dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam nya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab “iman’ pada bab siapa yang membersihkan agamanya ,juga dalam kitab jual beli , Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab jualbeli dalam bab mengambil yang halal dan meninggalkan syubhat. Rasulullah SAW bersabda:

نﺎﺒﺘﺳا ﺎﻣ ﻊﻗاﻮﻳ نأ ﻚﺷوأ ﻢﺛﻹا ﻦﻣ ﻪﻴﻓ ﻚﺸﻳ ﺎﻣ ﻰﻠﻋ أﺮﺘﺟا ﻦﻣو

Sesiapa yang berani melakukan dosa yang diraguinya , hamper-hampir dia akan melakukan dosa yang jelas (Hadith Riwayat al Bukhari )

Dalam satu riwayat

ﺮﺴﺠﻳ نأ ﻚﺷﻮﻳ ﺔﺒﻳﺮﻟا ﻂﻟﺎﺨﻳ ﻦﻣ

Sesiapa yang bergelumang dengan perkara yang diragui hamper-hampir ia akan berani melakukan perkara yang jelas haramnya. Islam tidak pernah menghalangkan umatnya menjadi kaya dan ulama’ ketika menerangkan isu hokum langsung tidak terlintas untuk berhasad dengki kecuali semata-mata menjunjung perintah Allah SWT yang merupakan kewajipan dan amanah Allah yang mesti dilaksanakan.

Sumbangan Jabatan Mufti Perak

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: