jump to navigation

Tajdid Iman: Didik anak hargai nikmat kehidupan Jun 11, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Akhlak, Cara Hidup, Pengurusan Diri.
add a comment

Persekitaran bebas gejala negatif unsur utama kekuatan akidah, akhlak

SEORANG kanak-kanak Palestin pergi ke sekolah sambil menangis kerana terlambat masuk ke kelas akibat angkara tentera Yahudi yang menahannya di tengah jalan. Sepanjang hari dia menangis pada hal gurunya tidak memarahinya. Selepas puas dipujuk, dia menyatakan rasa kecewanya: “Saya tidak mahu kerana saya datang lambat, rakyat Palestin akan terus merana dan dibunuh Yahudi.”

 

Kanak-kanak itu teringat pesan cikgunya kelmarin: “Jika kamu sengaja lambat hadir ke sekolah bermakna kamu melambatkan usaha kemerdekaan negara kita.” (selanjutnya…)

Advertisements

Barat kagumi kehebatan Salahuddin al-Ayubi Jun 11, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Pelbagai.
add a comment

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

 

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera. (selanjutnya…)