jump to navigation

Wangian,alkohol,air mazi Jun 14, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Soal Jawab Agama.
add a comment

Soalan :
Assalamualaikum

Saya ada kemusykilan di sini. Kalau saya minta ustaz balas di mel ini juga supaya senang saya faham.

1.Berkenaan alkohol. Saya akan memakai pewangi “perfume” ke pejabat pada waktu pagi. Saya tidak pasti sama ada mengandungi alkohol atau tidak, tetapi kebanyakan “perfume” mengandungi alkohol buah-buahan. Jika ia mengandungi alkohol, bagaimana solat saya selama ini?. Saya m endapat tahu jika kandungan berasaskan buah-buahan tidak mengapa.

2.  Apabila bermusafir ke luar negara atas tujuan tertentu, saya cuba mencari makanan halal. Paling tidak pun akan makan sayur dan ikan. Tetapi jika di masak menggunakan alkohol, apakah halal?. Saya mendapat tahu, bila alkohol yang dicampur dalam masakan tidak mendatangkan kesan memabukkkan dan ia di halalkan. Benarkah begitu?.

3.Berkenaan mazi. Jika saya tahu terdapat sedikit kesan mazi pada seluar saya, kemudian apabila kering saya hanya menukar seluar dan tidak mencuci kemaluan saya untuk solat. Kadangkala saya terlupa. Bagaimana hukumnya?

Terima kasih di atas pertolongan ustaz menyelesaikan kemusykilan saya. (selanjutnya…)

Persandingan Jun 14, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Perkahwinan.
add a comment

Soalan :

Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar, saya jadi keliru. adakah sekadar untuk mengambil gambar diatas pelamin sememangnya tidak boleh ke? (selanjutnya…)

Perbuatan manusia cetus wabak penyakit, bencana alam Jun 14, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup.
add a comment

TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan Allah. Banjir yang melanda ibu negara beberapa hari lalu mengakibatkan banyak harta benda di premis perniagaan dan peralatan penting di pejabat kerajaan serta swasta rosak.

Kejadian yang berlaku secara mendadak itu mengundang keresahan di kalangan ahli sains yang sukar membuat telahan mengapakah kejadian seperti itu boleh berlaku di tempat yang tidak seharusnya berlaku.

Apa yang dapat disimpulkan, punca pelbagai kejadian mala petaka yang berlaku adalah disebabkan kemelut dan krisis yang sengaja diciptakan manusia. Sebahagian manusia hari ini seolah-olah hilang keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah. (selanjutnya…)