jump to navigation

Perbuatan manusia cetus wabak penyakit, bencana alam Jun 14, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup.
trackback

TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan Allah. Banjir yang melanda ibu negara beberapa hari lalu mengakibatkan banyak harta benda di premis perniagaan dan peralatan penting di pejabat kerajaan serta swasta rosak.

Kejadian yang berlaku secara mendadak itu mengundang keresahan di kalangan ahli sains yang sukar membuat telahan mengapakah kejadian seperti itu boleh berlaku di tempat yang tidak seharusnya berlaku.

Apa yang dapat disimpulkan, punca pelbagai kejadian mala petaka yang berlaku adalah disebabkan kemelut dan krisis yang sengaja diciptakan manusia. Sebahagian manusia hari ini seolah-olah hilang keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah.

Disebabkan kerenah dan krisis di kalangan manusia itulah barangkali Allah sengaja menimpakan bencana ke atas segelintir hamba-Nya sebagai ujian dan takdir yang tidak dapat ditolak.

Allah berfirman bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah as-Syura, ayat 30)

Sebagai hamba yang sentiasa meyakini keadilan Tuhan, sudah sewajarnya kita sama-sama merenungi dan menghayati apa yang tersirat di sebalik mafhum ayat di atas.

Sesungguhnya hanya dengan keyakinan, iltizam, istiqamah dan keinsafan yang mendalam, membolehkan kita mencari kekuatan bagi mengimarahkan bumi Allah dengan perbuatan yang diredai kerana kita hanyalah makhluk yang dipinjamkan sementara untuk menetap di alam fana ini.

Setiap apa juga kerakusan dan keterlanjuran yang berlaku bukan disebabkan pihak tertentu saja, ia mungkin disebabkan rentetan peristiwa berpanjangan akibat daripada keegoan manusia menguasai bumi secara total dan sering menganggap orang lain seperti hamba.

Tanpa sikap toleransi dan saling faham memahami, tentu saja pelbagai kejadian negatif mudah meletus.

Apabila tercetus pertelingkahan, permusuhan dan dendam, sudah pasti meletus perbalahan yang akhirnya memusnahkan sebahagian besar makhluk di muka bumi.

Allah berhak menurunkan apa juga ujian ke atas hambanya yang tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan-Nya. Bahkan melakukan perbuatan yang sentiasa mengundang kemurkaan Allah.

Kadangkala Allah hanya menurunkan malapetaka kecil. Ia adalah amaran daripada Allah supaya manusia segera menghentikan berbuat sesuatu yang boleh mengundang kemarahan-Nya. Tetapi, apabila datang bala lebih besar, ia bukan lagi ingatan dan amaran, sebaliknya bencana yang sengaja diturunkan Allah untuk memberi pembalasan di atas kerakusan manusia.

Lebih malang, apabila berlaku bencana Allah, ramai manusia yang tidak berdosa turut menjadi korban. Di sinilah pentingnya konsep ‘berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran’ seperti peringatan Tuhan dalam surah al-Asr.

Allah Taala berfirman bermaksud: “Wahai kaumku, mintalah ampun dari Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa.” (Surah Hud, ayat 52)

Keengganan menunaikan tuntutan agama seperti mengeluarkan zakat boleh mengundang kemurkaan Allah. Antaranya kejadian kemarau panjang.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Tidak menghalang sesuatu kaum itu dari mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan. Kalaulah tidak kerana binatang yang ada di muka bumi ini, nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Tarmidzi, daripada Ali, bersabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka Allah menimpakan bencana ke atas mereka iaitu:

  • Harta dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
  • Wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
  • Sesuatu diamanahkan jadi milik sendiri.
  • Suami terlalu mentaati isteri.
  • Anak menderhaka kedua ibu bapanya.
  • Memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
  • Banyak bunyi bising.
  • Membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
  • Pemimpin dihina kaum sendiri.
  • Memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman.
  • Arak minuman biasa dalam majlis.
  • Ramai lelaki memakai sutera.
  • Wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
  • Wanita mula bermain alat muzik
  • Orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.
  • Komentar»

    No comments yet — be the first.

    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: