jump to navigation

Wangian,alkohol,air mazi Jun 14, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Soal Jawab Agama.
trackback

Soalan :
Assalamualaikum

Saya ada kemusykilan di sini. Kalau saya minta ustaz balas di mel ini juga supaya senang saya faham.

1.Berkenaan alkohol. Saya akan memakai pewangi “perfume” ke pejabat pada waktu pagi. Saya tidak pasti sama ada mengandungi alkohol atau tidak, tetapi kebanyakan “perfume” mengandungi alkohol buah-buahan. Jika ia mengandungi alkohol, bagaimana solat saya selama ini?. Saya m endapat tahu jika kandungan berasaskan buah-buahan tidak mengapa.

2.  Apabila bermusafir ke luar negara atas tujuan tertentu, saya cuba mencari makanan halal. Paling tidak pun akan makan sayur dan ikan. Tetapi jika di masak menggunakan alkohol, apakah halal?. Saya mendapat tahu, bila alkohol yang dicampur dalam masakan tidak mendatangkan kesan memabukkkan dan ia di halalkan. Benarkah begitu?.

3.Berkenaan mazi. Jika saya tahu terdapat sedikit kesan mazi pada seluar saya, kemudian apabila kering saya hanya menukar seluar dan tidak mencuci kemaluan saya untuk solat. Kadangkala saya terlupa. Bagaimana hukumnya?

Terima kasih di atas pertolongan ustaz menyelesaikan kemusykilan saya.
Jawapan :
1.Menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol adalah harus dan dimaafkan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak. Hukumnya adalah sah kerana alkohol tersebut tidak dianggap sebagai najis.
2.Hukum memakan masakan yang dicampur dengan sedikit alkohol adalah haram walaupun ia tidak memabukkan. Ini kerana pada kebiasaannya alkohol yang dicampur ke dalam masakan tersebut adalah arak yang bertujuan untuk me-lazatkan makanan tersebut bukan untuk tujuan tertentu.
3.Mazi adalah tergolong dalam najis mutawasithoh dan wajib dibersihkan sebelum solat samada ia terkena pada tubuh badan, pakaian dan tempat bersolat. Dalam hal ini menukar pakaian adalah lebih baik. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, memadai dengan membersihkan najis tersebut sehingga hilang bau, warna dan rasa. Alat kemaluan juga wajib dicuci sehingga di yakini bersih.

disediakan olej Jabatan Mufti Selangor

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: