jump to navigation

Pembacaan surah Al-Fatihah di dalam sembahyang Jun 26, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Soal Jawab Agama.
trackback

Soalan :
 1.
 Saya ingin bertanya mengenai pembacaan surah Al-Fatihah di dalam sembahyang bagi sembahyang berjemaah. Semasa berkursus haji di Rantau Panjang, Klang baru-baru ini, penceramah yg bertanggungjawab ada memberitahu semasa sembahyang berjemaah, pembacaan Al-Fatihah makmum adalah ditanggung oleh imam dan makmum dibolehkan untuk tidak membaca Al-Fatihah sebaliknya hanya mendengar pembacaan imam. Adakah ini benar?
   
 2. Semasa sembahyang berjemaah, di waktu bila makmum dibolehkan untuk mula membaca surah Al-Fatihah? Adakah mesti selepas imam habis membaca Al-Fatihah atau dibolehkan makmum membaca Fatihah semasa imam sedang membaca Fatihah dengan syarat tidak mendahului pembacaan imam.
   
 3. Adakah seorang makmum wajib untuk menghabiskan bacaan surah Al-Fatihahnya di mana jikalau dia tidak masbu’ (terlewat)?. Bagaimana jika imam sudah rukuk tetapi bacaan Fatihah makmum belum selesai?. Adakah makmum dibolehkan untuk terus rukuk tanpa pelrlu menghabiskan bacaan Fatihahnya atau wajib untuk menghabiskan bacaan Fatihahnya kemudian baru rukuk?. Kerana kita selalu berhadapan dengan keadaan di mana imam membaca surah yang pendek seperti surah Al-Ikhlas contohnya semasa rakaat kedua di dalam sembahyang tarawih.
   
 4. Pada waktu bila rakaat seorang makmum dikira?. Adakah semasa dia rukuk bersama imam atau semasa sujud?.
 
 
 Di harap pihak tuan dapat memberikan penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukan . Terima kasih. Assalammualaikum
  
 Jawapan :
 1. Tidak benar kerana membaca fatihah adalah rukun dalam solat makmun mestilah membaca fatihah agar solat yang dilaksanakan itu sah.
   
 2. Kedua-dua keadaan yang disebutkan dibolehkan.
 
 3. Ya, makmun wajib habiskan bacaan fatihahnya walaupun imam sudah rukuk. Makmun hendaklahmenghabiskan bacaan fatihah ketika imam membaca fatihah bagi mengelakkkan makmun tidak sempat habis fatihahnya sewaktu imam rukuk.
   
 4. Rakaat makmun dikira apabila makmun sempat rukuk dan tama’ninah bersama imam.
Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: