jump to navigation

Suami tiada kemampuan memberi nafkah. Jun 26, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Soal Jawab Agama.
trackback

Soalan :
  Assalamualaikum 
  
  Saya ada beberapa persoalan: 
 
  1. Saya seorang isteri yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, saya terpaksa membayar sewa rumah, upah jaga anak dan pelbagai hutang memandangkan suami tak mampu dan pendapatan tak menentu. Masalahnya, bila suami ada sedikit pendapatan, dia banyak gunakan wang tersebut untuk diberikan kepada ahli keluarganya, langsung tak diberi pada isteri. Sedangkan isteri membelanjakan hampir RM 1800 untuk menjelaskan perbelanjaan dan perlu berjimat untuk makan dan barang keperluan sendiri. Apakah hak isteri disini?.
   
  2. Keadaan diatas berlarutan sepanjang 3 tahun dan kini memiliki 2 orang anak. Balik kampung pula memerlukan sekurang-kurangnya RM 300. Keadaan ini menyusahkan saya hingga kadang-kadang saya terpaksa berhutang. Salahkan si isteri, jika mengenakan syarat balik kampung suami, suami yang sediakan wang belanja dan balik kampung isteri pula isteri yang keluar belanja? Saya mensyaratkan begini kerana tak sanggup lagi menanggung kos kami sekeluarga dan kos balik kampung kedua-dua pihak. Saya tak mampu.
   
  3. Dalam keadaan suami tak berkemampuan beri nafkah, siapakah yang lebih layak dapat nafkah, isteri dan anak-anak atau keluarganya.
    
      
  Jawapan :
  1. Dalam kes ini, hak seorang isteri adalah untuk mendapat nafkah samaada secara zahir ataupun batin. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan menyediakan keperluan-keperluan asas seperti makanan, pakaian, rumah kediaman dan sebagainya. Kewajipan memberi nafkah ini perlu diutamakan berbanding perkara-perkara lain seperti puan nyatakan. Memberi nafkah juga wajib di tunaikan oleh suami walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Dalam hal ini, suami puan boleh menghulurkan bantuan kewangan mengikut kemampuan kepada ahli keluarganya sekiranya semua keperluan nafkah seperti yang telah saya nyatakan di atas dipenuhi.
    
  2. Untuk soalan kedua pula, tidak menjadi kesalahan jika puan meletakkan syarat sedemikiansekiranya puan mempunyai sebab yang munasabah. Adalah elok sekiranya puan dapat berbincang dengan suami puan tentang perkara ini dan carilah jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak tanpa menimbulkan perbalahan sesama sendiri.
    
  3. Untuk soalan ketiga pula, saya kita telah terjawab dalam soalan pertama di atas. Cuma apayang hendak saya nyatakan disini, suami wajib menyediakan nafkah mengikut kemampuannya. Sebagai seorang isteri yang mempunyai pendapatan sendiri, puan boleh menggunakan budi bicara dalam membantu suami dari segi kewangan dengan syarat bukanlah semua bebanan tanggungjawab tersebut diletakkan di atas bahu puan sepenuhnya. Jika terdapat sebarang masalah dalam kehidupan berumahtangga, berbincanglah dan carilah jalan penyelesaian dengan sebaik-baiknya.

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: