jump to navigation

Adakah IQ Tinggi Bermakna Bijak? Jun 28, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Pengurusan Diri.
trackback

Gardner tidak bersetuju dengan keghairahan sekolah-sekolah di US yang menggunakan skor ujian IQ bagi mengukur pencapaian akademik para pelajar. Kajian Gardner berjaya membuktikan terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak.
Cuba selesaikan masalah ini dengan menggunakan apa sahaja cara yang difikirkan sesuai. Semasa anda berusaha menyelesaikannya, beri perhatian sepenuhnya pada apa yang anda lakukan bagi mendapatkan jawapan.

Anda dan anak anda sedang berjalan bersama-sama di sebatang jalan. Langkah anda adalah 2/3 lebih besar daripada langkah anak anda. Pada langkah yang ke berapakah anda dan anak anda dapat menyamakan langkah masing-masing?

Fikirkan semula apakah strategi yang anda gunakan bagi mendapatkan jawapan. Apakah pendekatan yang anda gunakan? Jawapannya tidak penting, tetapi kesedaran bagaimana anda menyelesaikannya adalah lebih utama.

Adakah anda menggunakan strategi berikut:
. Menutup mata sambil membayangkan anda dan anak anda berjalan?

. Melukis sambil membayangkan situasi itu di atas kertas?

. Mencari pasangan anda dan membuat simulasi mengenai situasi berkenaan?

. Menggunakan pelbagai formula matematik ataupun pengiraan yang melibatkan aktiviti arithmetik?

. Menggunakan tangan bagi mencipta rentak langkah anda dan anak anda?

. Duduk dan bermeditasi mengenai situasi berkenaan serta mengharapkan jawapan muncul secara tiba-tiba?

. Berbincang dengan rakan anda?

. Keluar ke kawasan lapang dan menyusun langkah 2/3 dan 3/3 seperti mana yang digambarkan dalam situasi berkenaan?

TAHUKAH ANDA?
Apabila anda menghadapi sesuatu masalah, seperti contoh tadi, kita selalunya menggunakan pelbagai strategi ataupun pendekatan yang biasa kita gunakan.

Mungkin kita menggunakan strategi yang terbukti berjaya pada masa lalu.

Mungkin juga kita menggunakan pendekatan yang kita rasakan selesa ataupun memilih pendekatan berdasarkan pengalaman dan kepercayaan kita.

Latihan di atas memaksa kita berfikir dan mencuba pelbagai pendekatan bagi mencari penyelesaiannya. Latihan ini sebenarnya adalah satu refleksi terhadap keajaiban akal yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia. Melalui akal, kita berjaya mengungkap pelbagai misteri bagaimana manusia mengetahui, belajar dan memahami dirinya untuk disesuaikan dengan persekitarannya.

Teori kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligences Theory)
Salah satu kajian yang memberi impak besar terhadap pemahaman berkaitan kecerdasan ini adalah kajian yang dijalan-kan oleh seorang profesor di Harvard University dan pengasas kepada Project Zero, iaitu Howard Gardner.

Gardner mempersoalkan penggunaan ujian IQ (Intelligent Quoatinent) yang sering digunakan sebagai kayu ukur kecerdasan seseorang. Ujian IQ adalah satu ujian yang dibangunkan oleh seorang psikologis bernama Alfred Binet di Paris.

Dalam kajiannya, beliau mendapati ujian IQ sedia ada hanya mengukur 2 kemahiran atau kecerdasan sahaja, iaitu kemahiran bahasa dan kebolehan matematik seseorang daripada pelbagai jenis kecerdasan lain.

Atas dasar ini, Gardner tidak bersetuju dengan keghairahan sekolah-sekolah di US yang menggunakan skor ujian IQ bagi mengukur pencapaian akademik para pelajar, malah skor ini juga digunakan bagi memandu pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya masa depan.

Kajian Gardner berjaya membuktikan terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak.

Gardner sudah mengenal pasti 8 jenis kecerdasan manusia (Chapman, 1993), iaitu:
Kecerdasan 1: Verbal/ Linguistik
Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas verbal/ linguistik kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan.
Kecerdasan 2: Logikal/ Matematik
Kecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, me-ngira, berfikir secara logik dan memproses sesuatu maklumat yang diterima.
Kecerdasan 3: Visual/ Spatial (ruang)
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah.
Kecerdasan 4: Pergerakan Badan/ Kinestetik
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan.
Kecerdasan 5: Muzikal/ Rima

Kecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu, berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya.
Kecerdasan 6: Interpersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka.
Kecerdasan 7: Intrapersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan itu bagi me-ningkatkan potensi diri sepanjang hayat.
Kecerdasan 8: Naturalis
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, me-mahami dan menghargai alam sekitar.

Sebagai ibu bapa, anda boleh menggunakan pengetahuan mengenai pelbagai kecerdasan ini bagi membantu meningkatkan potensi anak anda ke tahap maksima.

Bagi mengenal pasti kecerdasan dominan anak anda, anda boleh menggunakan senarai semak yang disediakan pada bab seterusnya. Selamat mencuba!

Artikel diambil daripada buku “Mendidik Anak Genius – Farrah Dina Yusop & Hamidah Sulaiman”

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: