jump to navigation

Fitrah Manusia Percayakan Allah Jun 28, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Akidah.
trackback

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari tulang sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), ‘Bukankah aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.’”
Allah menerangkan dalam al-Quran, surah al-A’raf ayat 172, bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari tulang sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), ‘Bukankah aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.’”

Allah menjelaskan lagi dalam surah al-An’am ayat 75 hingga 79, bermaksud:
“Dan demikianlah kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami, yang terdapat di langit dan di bumi. Dan kami memperlihatkannya supaya dia termasuk di kalangan orang-orang yang yakin. Ketika malam menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang, lalu dia berkata, ‘Inilah Tuhanku.’ Tetapi apabila bintang itu tenggelam dia berkata, ‘Saya tidak suka kepada sesuatu yang tenggelam.’ Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata, ‘Inilah Tuhanku.’ Tetapi apabila bulan itu terbenam, dia berkata, ‘Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pasti aku termasuk di kalangan orang-orang yang sesat.’ Kemudian apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, ‘Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.’ Apabila matahari itu terbenam, dia berkata, ‘Wahai kaumku! Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang sebenar. Dan aku bukanlah termasuk di kalangan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.’”

Allah menjelaskan lagi dalam surah ar-Rum ayat 30, bermaksud:
“Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama Allah dengan lurus. Tetaplah atas fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Sudah menjadi fitrah manusia, sama ada pada zaman dahulu atau sekarang, mereka percaya adanya Tuhan yang maha berkuasa. Sama ada manusia bertamadun atau tinggal di hutan rimba, kesemua mengakui adanya Tuhan. Hanya yang membezakan mereka adalah menentukan Tuhan dengan berbagai fahaman dan upacara ibadat. Mereka mencari-cari hakikat ketuhanan. Orang-orang yang menafikan hakikat itu ialah mereka yang melampaui sifat semula jadi.

Jaafar as-Sadik pernah ditanya tentang Allah, lalu beliau menyoal orang yang bertanya itu, “Pernahkah kamu belayar di laut?” Jawabnya, “Ya.” Jaafar bertanya lagi, “Adakah kamu pernah dipukul ribut yang bergelora?” Jawabnya, “Ya.” Jaafar bertanya lagi, “Adakah kamu berharap kepada kelasi dan alat-alat penyelamat?” Jawabnya, “Ya.” Seterusnya Jaafar bertanya lagi, “Adakah terlintas dalam fikiran dan perasaan, ada sesiapa yang dapat menyelamatkan kamu?” Jawabnya, “Ya.” Jaafar terus menegaskan, “Itulah dia Allah.” Jawapan itu berdasarkan kepada penerangan Allah dalam surah al-Isra’ ayat 67, bermaksud:
“Dan apabila kamu ditimpa bahaya di laut, maka hilanglah orang yang kamu seru meminta tolong, kecuali dia (Allah).”

Allah menerangkan dalam al-Quran, surah Yunus ayat 22,bermaksud:
“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu berjalan di daratan dan belayar di lautan. Sehingga apabila kamu berada dalam bahtera dan berjalanlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik. Lantas, mereka sangat gembira. ‘

Tiba-tiba datang angin ribut dan gelombang ombak kuat dari segenap penjuru. Mereka terkepung dan berada dalam keadaan bahaya. Lalu mereka berdoa kepada Allah, dengan mengikhlaskan diri serta mentaatinya semata-mata. Mereka pun berkata, ‘Sesungguhnya jika engkau (ya Allah) menyelamatkan kami dari bahaya ini, maka kami akan menjadi orang yang bersyukur.’”

Artikel dipetik daripada buku “Beriman Kepada Allah-Ustaz Abdul Hadi Awang”

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: