jump to navigation

Penyusunan Ayat-ayat Al-Quran Jun 5, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Al-Quran.
add a comment

Oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Jibril menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad dan menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu perlu diletakkan dalam surah ataupun ayat-ayat yang turun sebelumnya. Lalu beliau memerintahkan kepada para penulis wahyu menulisnya di tempat itu.

Tertib atau susunan ayat di dalam al-Quran mengikut pendapat para ilmuwan adalah tauqifi iaitu ketentuan daripada Nabi Muhammad berdasarkan wahyu daripada Allah. Sebahagian ilmuwan menyatakan pendapat ini adalah ijmak atau sepakat semua ilmuwan.

Antaranya al-Zarkashi dan Abu Ja`far bin al-Zubair. Abu Ja`far mengatakan: “Tertib ayat-ayat dalam surah-surah berdasarkan tauqifi daripada Rasulullah dan atas perintahnya, tanpa ada perselisihan kaum Muslimin.” Mengikut as-Suyuti, ijmak dan nas atau dalil yang ada menegaskan ayat-ayat al-Quran itu berdasarkan tauqifi daripada Nabi Muhammad. (selanjutnya…)

Advertisements

Mengenal Hikmah di dalam Quran Jun 5, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Al-Quran.
add a comment

Oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Mengenal Hikmah di dalam Quran

Quran menjelaskan, melalui hikmah manusia memperolehi kebaikan yang banyak. Hikmah adalah anugerah daripada Allah secara percuma, tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkannya. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 269 bermaksud,

“Allah menganugerahkan hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan sunah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).”

Hikmah mempunyai banyak maksud, sebahagian ulama mengertikan hikmah sebagai sunah Nabi Muhammad. Penulis lebih cenderung mengertikan hikmah sebagai ‘sekumpulan hukum yang mengandungi pelbagai kebaikan dan kebenaran’.

Menurut Quran, hikmah dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

Pengertian
Pengertian hikmah dalam Quran luas, antaranya:

1) Sebahagian daripada nikmat Allah, disebut dalam surah al-Baqarah ayat 231.

2)Bersama dengan kitab-kitab suci, disebut dalam surah al-Maidah ayat 110.

3)Pendidikan mengenai kebaikan, disebut dalam surah al-Israk ayat 23 hingga 39 dan surah Luqman ayat 12 hingga 19.

4)Nilai-nilai dakwah, disebut dalam surah an-Nahl ayat 125.

5)Berkaitan dengan kemampuan dan sesuatu yang disampaikan oleh Nabi Isa, disebut dalam surah al-Zukhruf ayat 63. (selanjutnya…)