jump to navigation

Wangian,alkohol,air mazi Jun 14, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Soal Jawab Agama.
add a comment

Soalan :
Assalamualaikum

Saya ada kemusykilan di sini. Kalau saya minta ustaz balas di mel ini juga supaya senang saya faham.

1.Berkenaan alkohol. Saya akan memakai pewangi “perfume” ke pejabat pada waktu pagi. Saya tidak pasti sama ada mengandungi alkohol atau tidak, tetapi kebanyakan “perfume” mengandungi alkohol buah-buahan. Jika ia mengandungi alkohol, bagaimana solat saya selama ini?. Saya m endapat tahu jika kandungan berasaskan buah-buahan tidak mengapa.

2.  Apabila bermusafir ke luar negara atas tujuan tertentu, saya cuba mencari makanan halal. Paling tidak pun akan makan sayur dan ikan. Tetapi jika di masak menggunakan alkohol, apakah halal?. Saya mendapat tahu, bila alkohol yang dicampur dalam masakan tidak mendatangkan kesan memabukkkan dan ia di halalkan. Benarkah begitu?.

3.Berkenaan mazi. Jika saya tahu terdapat sedikit kesan mazi pada seluar saya, kemudian apabila kering saya hanya menukar seluar dan tidak mencuci kemaluan saya untuk solat. Kadangkala saya terlupa. Bagaimana hukumnya?

Terima kasih di atas pertolongan ustaz menyelesaikan kemusykilan saya. (selanjutnya…)

Perbuatan manusia cetus wabak penyakit, bencana alam Jun 14, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup.
add a comment

TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan Allah. Banjir yang melanda ibu negara beberapa hari lalu mengakibatkan banyak harta benda di premis perniagaan dan peralatan penting di pejabat kerajaan serta swasta rosak.

Kejadian yang berlaku secara mendadak itu mengundang keresahan di kalangan ahli sains yang sukar membuat telahan mengapakah kejadian seperti itu boleh berlaku di tempat yang tidak seharusnya berlaku.

Apa yang dapat disimpulkan, punca pelbagai kejadian mala petaka yang berlaku adalah disebabkan kemelut dan krisis yang sengaja diciptakan manusia. Sebahagian manusia hari ini seolah-olah hilang keyakinan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah. (selanjutnya…)

Tajdid Iman: Didik anak hargai nikmat kehidupan Jun 11, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Akhlak, Cara Hidup, Pengurusan Diri.
add a comment

Persekitaran bebas gejala negatif unsur utama kekuatan akidah, akhlak

SEORANG kanak-kanak Palestin pergi ke sekolah sambil menangis kerana terlambat masuk ke kelas akibat angkara tentera Yahudi yang menahannya di tengah jalan. Sepanjang hari dia menangis pada hal gurunya tidak memarahinya. Selepas puas dipujuk, dia menyatakan rasa kecewanya: “Saya tidak mahu kerana saya datang lambat, rakyat Palestin akan terus merana dan dibunuh Yahudi.”

 

Kanak-kanak itu teringat pesan cikgunya kelmarin: “Jika kamu sengaja lambat hadir ke sekolah bermakna kamu melambatkan usaha kemerdekaan negara kita.” (selanjutnya…)

CIRI ORANG BERIMAN :MENJAUHI PERKARA SYUBHAT Jun 6, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Akhlak, Cara Hidup, Pengurusan Diri.
add a comment

Di antara perkara yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW ialah baginda dikehendaki menerangkan kepada umatnya perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT . Sebagaimana firman Allah SWT Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (QS An Nisa’ 176) Rasulullah SAW telah melaksanakan amanah ini dengan jayanya .Sabda Rasulullah SAW

ﻚﻟﺎه ﻻا ﺎﻬﻨﻋ ﻎﻳﺰﻳﻻ ﺎهرﺎﻬﻨآ ﺎﻬﻠﻴﻟ ﺔﻴﻘﻧ ءﺎﻀﻴﺑ ﻰﻠﻋ ﻢﻜﺘآﺮﺗ

Bermaksud : Aku telah tinggalkan kamu dalam keadaan urusan kamu telah aku jelaskan sejelas-jelasnya ibarat sesuatu yang putih bersih tidak dicemari sesuatupun sehingga seumpama sama sahaja malam dan siang , kalau ada yang tersasar dan tersesat juga selepas daripada itu memang dia orang yang akan binasa . (selanjutnya…)

Membenahi Moral Bangsa, Meneladani Akhlak Rasulullah Saw Jun 6, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Akhlak, Cara Hidup, Muhammad S.A.W.
add a comment

Oleh: KH. Dr. dr. Tarmizi Taher “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
(QS al-Qalam [68]: 4)

Bangsa ini tidak hanya ditimpa krisis ekonomi yang berkepanjangan, tapi juga ditimpa krisis akhlak. Merajalelanya kemaksiatan dan tingginya tingkat kriminalitas adalah bukti bahwa bangsa ini mengidap dekadensi moral yang akut. Parahnya, gejala ini tidak hanya menimpa masyarakat kalangan bawah, tapi juga menimpa para pemimpin bangsa dan tokoh agama. Tingginya tingkat korupsi dan kolusi, yang tidak hanya dilakukan oleh para birokrat tapi juga para tokoh agama, membuat masyarakat kehilangan panutan sehingga lahirlah krisis keteladanan. Karena itu, bangsa ini yang berpenduduk Muslim mayoritas ini perlu bercermin kepada akhlak Rasulullah Saw agar bangsa menjadi sehat dan masyarakat menjadi makmur dan sejahtera. (selanjutnya…)