jump to navigation

The Philosophy of Wealth in Islam Julai 3, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Ekonomi, Pengurusan Diri.
add a comment

Dr. Mohd Farid Mohd Shahran(ABIM)

One of the prevailing criteria of the world we are living now is the predominant desire of man toward material wealth. The world is dominated, mostly by the greed of man, translated in their obsession of material wealth. Money, as the symbol of extravagance and richness, has been the magic word of the modern man. Books on how to generate business, to maximize profit, and to become rich in the shortest possible time, pack the best-sellers shelves of every bookshop, hence accelerating the economic madness and material frenzy of the modern life. Every inch of human life is measured by dollar and cent, credit and debt, profit and loss. Man’s own desire and greediness has become his new God while the phantom of his rapacity and selfishness turns out to be his new religion. (selanjutnya…)

Advertisements

Pengurusan Harta Dalam Islam Jun 26, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Ekonomi.
add a comment

 Mohd Fauzi Mustaffa al-Besuty
Pegawai Penyelidik IKIM

 Allah s..w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim, surah Luqman, ayat 20 yang bermaksud:

“Tidakkah kamu perhatikan, sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kepentinganmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin”.

Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan asasi di dalam kehidupan manusia. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, Islam telah menyediakan beberapa sistem yang dapat merealisasikan kenyataan itu dengan baik dan berkesan, antaranya ialah sistem pengurusan dan pentadbiran harta.

Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka dalam soal pengurusan harta dengan berdasarkan nilai dan objektif untuk kebaikan dunia dan akhirat sekaligus menghindari segala keburukan dan kemudaratan. (selanjutnya…)

Perspektif Ikim: Konsep istisna’ dalam pembelian rumah Jun 26, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Ekonomi.
add a comment

Oleh Muhammad Hisyam Mohamad

Akad jual beli hanya sempurna apabila penjual serah barang kepada pelanggan

PENGALAMAN berurusan dengan Cawangan Perbankan Islam sebuah institusi perbankan terbesar negara bagi menyelesaikan urusan pembelian rumah baru-baru ini, sedikit sebanyak mengundang persoalan sejauh mana Skim Perbankan Islam (SPI) di Malaysia menepati perbankan berlandaskan syariah yang bebas daripada unsur riba dan unsur lain yang dilarang Islam.

Di Malaysia, bagi pembiayaan perumahan, majoriti bank menggunakan konsep al-bai’ bithaman ajil (BBA) atau jual harga tangguh, manakala dalam penentuan kadar keuntungan pula, ada dua pendekatan digunakan, iaitu sama ada menggunakan kadar tetap atau kadar berubah-ubah yang mempunyai kadar siling tertentu yang ditetapkan pada awal kontrak.
(selanjutnya…)

Agen Unit Trust Jun 21, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Ekonomi, Soal Jawab Agama.
add a comment

Soalan

Saya ingin bertanya tentang persoalan hukum jika saya menjadi agent unit trust?
Terima Kasih (selanjutnya…)

Sentiasa Fikir Menang-menang Jun 5, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Ekonomi.
add a comment

Oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Baca dan ambillah iktibar daripada kisah ini…

Jurujual Syarikat Lembah Emas, Raju, sedang melakukan pembentangan kepada prospek sambil diperhatikan oleh pengurusnya, Harun.

Raju : Ya tuan-tuan sekalian, produk ini memang bagus bagi kesihatan dan bagi mencantikkan kulit. Saya cadangkan tuan-tuan hadiahkan produk ini kepada isteri masing-masing.

Dia berkata demikian sambil tersenyum.

Pelanggan 1 : Tetapi, ada kesan sampingan ataupun tidak?
Raju : Tiada kesan sampingan langsung. Tuan-tuan semua jangan risau.
Pelanggan 2 : Bolehkah ia digunakan bagi melawan kanser?
Raju : Ia bagi mencegah tetapi bagi melawan dan menyembuhkan kanser, ia mengambil masa.
Pelangan 3 : Adakah ia sesuai bagi kanak-kanak?
Raju : Ya, produk ini sesuai untuk mereka yang berumur 6 bulan ke atas.

Selepas pembentangan…

Harun : Raju, pembentangan awak tadi cukup bagus!
Raju : Terima kasih, Encik Harun.
Harun : Tetapi, ada satu perkara yang silap.
Raju : Apa yang silap, Encik Harun?
Harun : Awak ingat tak salah seorang pelanggan bertanyakan mengenai kesan sampingan?
Raju : Ya, kenapa?
Harun : Awak jawab yang produk kita tiada kesan sampingan.
Raju : Ya, betul.
Harun : Tapi awak tidak beritahu yang apabila mereka menggunakan produk kita, mereka mungkin akan mengalami kesan penyembuhan.
Raju : Ya, saya sengaja tidak beritahu.
Harun : Kenapa, Raju?
Raju : Bukan apa. Saya risau apabila saya beritahu, mereka tidak akan beli.
Harun : Tidak boleh begitu, Raju. Kita tidak boleh hanya memikirkan kepentingan kita saja. Kita mesti memikirkan kepentingan semua pihak, terutama para pelanggan dan prospek. Kita perlu menggunakan prinsip menang-menang.
Raju : Prinsip menang-menang? Apa itu?

Apakah ertinya situasi menang-menang atau win-win situation? Ia adalah keadaan yang mana semua pihak yang terlibat mendapat keuntungan dan tiada yang rugi. Bagi menjadi jurujual yang berjaya, saudara perlu sentiasa mengamalkan prinsip ini dengan sepenuhnya, iaitu saudara perlu sentiasa memberikan nilai yang terbaik kepada para pelanggan. Contohnya, jangan kerana ingin menjimatkan wang, saudara mengurangkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Apa yang penting di sini adalah saudara dan pelanggan mendapat keuntungan yang setimpal daripada urus niaga yang dijalankan. Marilah kita sama-sama beruntung.

Dipetik daripada: Tip 29, buku 166 Tip Sales Efektif oleh Ashadi Zain dan Sharuddin Abdullah