jump to navigation

Herba untuk kekal istimewa Julai 3, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Motivasi.
add a comment

Oleh Dr. H.M.Tuah

Kita memang memerlukan sumber alam untuk kekal istimewa. Untuk jadi lebih biasa daripada yang luar biasa, manusia perlu memaksimumkan penggunaan sumber-sumber alam agar aura alam dan manusia menjadi satu. Daripada dua kekuatan ini, sudah pasti kita akan terlihat lebih istimewa dan mengagumkan.

Salah satu sumber alam yang dimaksudkan itu ialah penggunaan herba dalam perapian wajah dan tubuh yang menjurus pada kesempurnaan total mental, fizikal dan spiritual. Herba telah diketahui sejak zaman berzaman sebagai keperluan istimewa manusia untuk menjadi sihat dan istimewa. Malah boleh dikatakan manusia telah menggunakan herba sejak bermulanya masa. Masyarakat purba bergantung pada herba untuk makanan dan perubatan, menggunakannya untuk perasa dan kemudian sebagai bahan awet untuk daging dan ikan agar lebih tahan disimpan. (selanjutnya…)

Berjuta kawan seribu sahabat Jun 28, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Motivasi.
add a comment

Oleh Dr. H.M.Tuah

Persahabatan wujud dari satu perkenalan dengan sepuluh pertanyaan, 100 keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan�

Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sepayah mencari sahabat dan membina persahabatan. Daripada seribu orang kawan mungkin hanya seorang yang layak dipanggil sahabat.

Siapakah sahabat? Dia sanggup berada bersama kita dalam keadaan apa sekalipun. Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke sana ke mari; ketika kita sudah menjadi orang besar, dia tidak terhegeh-hegeh mencari peluang. Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya tidak rebah. Tanpa pengetahuan kita dia sanggup berkorban membetulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita. Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu tanpa sebarang kepentingan. (selanjutnya…)

Iktibar dari sebiji kacang hijau Jun 26, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Motivasi.
add a comment

Oleh Dr. H.M.Tuah

“Pohon beringin yang besar itu asalnya dari satu biji yang kecil dan burung yang besar terbang di udara itu asalnya dari sebutir telur”

Orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa sahaja. Dia nampak orang berniaga kecil-kecilan, dia kata, “Buat apalah berniaga tepi jalan, bila nak kaya?” (selanjutnya…)

Kita Ibarat Emas Yang Diketuk Jun 21, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Motivasi.
add a comment

Oleh Dr. H.M.Tuah

Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung. (selanjutnya…)

Sakitnya apabila terlalu diminati Jun 13, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Motivasi.
add a comment

 Oleh Dr.H.M Tuah

Setelah puas anda beritahu dia, anda tidak suka akan dia, dia masih memburu anda, apa yang boleh anda lakukan? Diminati seseorang yang anda tidak suka lebih sakit berbanding meminati seseorang yang orang itu tidak menyukai anda.Nampak macam tidak logik, tetapi itulah hakikatnya. Lebih baik meminati seseorang yang tidak meminati anda daripada anda diminati oleh seseorang yang memang anda tidak minat terhadapnya. (selanjutnya…)