jump to navigation

Muhammad s.a.w.: Insan teladan terunggul yang dipuja sepanjang zaman Julai 3, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Muhammad S.A.W, Perjuangan.
add a comment

Oleh Sdr. Muddin Beting
Yang Dipertua ABIM Sabah

Suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w. mendapat ejekan daripada Abu Jahal, Abu Lahab, Al-`As bin Wa`il, Uqbah bin Abi Mu`ith dan lain-lain bahawa Baginda akan terputus keturunan kerana semua anak lelaki Baginda meninggal dunia. Salah seorang daripada mereka berkata, “Biarkanlah dia. Dia akan mati tanpa meninggalkan seorang pun anak lelaki. Dan perjuangannya tidak lama lagi akan berakhir begitu sahaja”.
(selanjutnya…)

Advertisements

Hasan Al-Banna Jun 5, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Perjuangan.
add a comment

Diambil dari http://www.ukhuwah.or.id

Dunia Islam khususnya di Mesir pada sekitar pertengahan abad dua puluh mempunyai tokoh kharismatis yang memperjuangkan Islam melalui sebuah tradisi penegakkan Islam melalui keluarga (al-usrah). Kelompok-kelompok usroh inilah yang dikenal dengan nama gerakan ikhwanul Muslimin, sedangkan tokohnya adalah Hasan Al-Banna. Gerakan ini menekankan pada aspek penegakkan syariat Islam dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dibandingkan pada perkembangan pemikiran Islam modern.

Ketika Ikhwanul Muslimin didirikan tahun 1928, pada saat itu Hasan Al-Bana baru berusia 22 tahun yang bekerja sebagai seorang guru. Gerakan ini merupakan gerakan paling berpengaruh pada abad dua puluh yang mengarahkan kembali masyarakat Muslim ke tatanan Islam Murni. Hasan Al-Banna dalam gerakannya untuk mengubah mode intelektual elite menjadi gejala popular yang kuat pengaruhnya pada interaksi antara agama dan politik, bukan saja di Mesir, namun juga di dunia Arab dan Muslim. (selanjutnya…)

Fate: Our Choice or Allah’s? Jun 5, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Cara Hidup, Perjuangan.
add a comment

Taken from islamonline.net and readingislam.com

Name of Questioner = nurha – Singapore

Name of Counselor = Waleed Ahmed Najmeddine

Question :

 

Muslims believe that events such as death and marriage are determined by Allah. My friend was saying that if we commit suicide by jumping from a 20-story building, we will die no matter what. But I believe that even when such events do occur, either intentionally or accidentally, if Allah has not determined that moment to be the person’s death then the person will not die, irregardless of how high the building is. And if Allah determines death, anyone can die at any time. Am I right to think that? Or is my friend right?

On the issue of marriage, I was told that we have someone fated for us and that God has planned it all in advance for us. So, if a man divorces his wife, does that mean it was fated to be that way, or because the partner was not the one Allah had determined for the other and their marriage was a mistake?

And what about those suffering from mental illnesses? Are they fated to live that way?

I hope you can explain as I keep getting confused about the issue of fate and about how our lives have been laid out for us. (selanjutnya…)

Penjajahan Bentuk Baru Jun 4, 2007

Posted by MOHD IDZANEY ZAKARIA in Perjuangan.
add a comment

Mohd Noor bin Omar
Pegawai Penyelidik IKIM

Suatu keadaan yang pasti di lalui dalam kehidupan ialah perubahan. Itulah tandanya baharu alam ini. Dunia juga berubah dari masa ke semasa. Terkadang sukar untuk kita fahami perubahan ini. Bagi mereka yang alpa sering menjadi mangsa perubahan. Begitu juga dengan perubahan dalam bentuk kuasa dan penjajahan.

Dari zaman penjajahan bersenjata atau kekerasan berlaku, yang lemah dan tidak bersatu menjadi mangsa kuasa-kuasa besar. Yang kurang sifat kemanusiaan menjadi raja berpaksikan undang-undang rimba batu. Beralih kepada zaman penguasaan melalui kepintaran yang melampaui had. Kesederhanaan dalam berfikir ditinggalkan begitu saja. Takrifan agama atau cara hidup adalah berlandaskan nafsu dan kegilaan kepada kebendaan dan keutamaan untuk kelangsungan hidup kumpulan tertentu.

Kalau kita tinjau tentang globalisasi, kita dapati bahawa ianya merupakan satu cara baru menguasai maklumat pihak lain. Pada zaman dahulu, globalisasi tidak wujud. Dari segi sejarah, sebelum globalisasi mengambil tempat, kita didedahkan dengan modernisasi. Ia melibatkan usaha dua kuasa besar iaitu Russia dan Amerika Syarikat ingin menjadi jaguh di pentas dunia. Berbagai propaganda telah digunakan oleh Amerika untuk menjadikan mereka kiblat. Cerita ‘combat’ yang ditanyangkan hampir ke seluruh dunia memperlihatkan bagaimana Russia sebagai satu kuasa jahat dan Amerika pula wiranya.

Apabila runtuhnya Tembok Berlin, Amerika menguasai dunia. Era telah berubah. Maklumat menjadi perkara penting. Mereka perkenalkan pula dengan penggunaan internet, website dan sebagainya. Berbagai insentif diberikan termasuklah pendaftaran email percuma, transaksi talian dan banyak lagi. Apa yang menjadi persoalan ialah siapa yang menguasai teknologi ini?.

Dunia terpaksa akur dengan perubahan ini dan menerima pakainya dengan bangga. Padahal jika ditinjau, semua maklumat-maklumat penting dan rahsia telah boleh dicapai oleh orang lain dengan mudah. Akibatnya lahir ramai jutawan Amerika. Kalau tidak kerana memperkenalkan sistem baru, hanya dengan mengetahui teknik menggodam, pelbagai masalah negara boleh timbul.

Kini tiba pula suasana baru. Dalam sedar atau tidak, kita menghadapi tekanan dalam bentuk perdagangan. Pelbagai akta antarabangsa digubal dan diperkenalkan. Mungkin kulit luarnya nampak menguntungkan negara terutamanya negara membangun tetapi hakikat disebaliknya mungkin jauh berbeza. Amerika Syarikat sedang giat berusaha untuk memasarkan beras-beras yang disahkan tidak selamat iaitu yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetic (G.E) kepada negara-negara membangun.

Isu beras yang boleh dikatakan isu global melibatkan makanan asasi penduduk asia diselitkan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Kalau padi biasa, kita hanya perlu semai dan ia akan tumbuh seperti biasa tanpa sekatan tertentu. Dengan menggunakan beras G.E, benih padi tersebut mestilah diimport daripada Amerika Syarikat. Manakala Amerika Syarikat pula telah mempatenkan hasil beras GE ini supaya mendapat hak di bawahnya.

Tiga jenis beras yang berteknologi GE iaitu Liberty Link LL62, LL601 dan LL604 kini secara berleluasa dikembangkan di bawah WTO melalui dua perjanjian penting iaitu Agreement on Agriculture (AOA) dan Agreement on Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS). Di bawah perjanjian AOA, objektif pertama ialah ‘liberalisation of Agriculture’ dengan membuang halangan perdagangan seperti tarif dan bantuan tempatan (domestic subsidies). Perjanjian ini adalah sebagai pelindung kepada persaingan yang tidak adil terhadap barangan-barangan import. Manakala di bawah TRIPS pula melalui hak paten yang memberi jaminan kepada negara-negara membangun untuk menggunakan paten mereka sehingga 20 tahun.

Sebelum ini petani tidak perlu membayar royalti terhadap paten beras tetapi dengan beras GE, petani perlu membayarnya atau dianggap sebagai biopiracy. Contohnya sejenis beras Basmati telah didaftar peten di Amerika Syarikat oleh Rice Tech Inc. Pada tahun 1970, Filipina merupakan pengeksport terbesar beras. Tetapi apabila menyertai program World Trade Organisation (WTO) dan menandatangani perjanjian AOA, negara itu telah mengimport 2.2 juta tan metrik beras pada tahun 1998 iaitu hampir 40% daripada pengeluaran dalam negara. Secara tidak langsung, perkembangan ini telah memberi kesan kepada petani. Peningkatan ke atas kebergantungan kepada negara maju ketara sekali apabila kita lihat peningkatan import beras Asia daripada 4.8 juta tan metrik kepada 15.4 juta tan metrik iaitu peningkatan sebanyak 300 peratus.

Melalui ini juga WTO memaksa negara-negara membangun mengamalkan ‘Corporate Farming’ iaitu syarikat daripada Amerika Syarikat akan mengusahakannya secara besar-besaran. Tenaga buruh terdiri dari petani tempatan yang dibayar murah. Petani yang mengusahakan sendiri tidak lagi mampu bersaing dengan skala pengeluaran dan harga yang ditawarkan akhirnya rela menjadi pekerja sahaja. Di samping itu, penggunaan racun yang berbahaya kepada kesuburan tanah digunakan secara besar-besaran dan akhirnya tanah menjadi makin tidak subur. Inilah bentuk baru penjajahan yang menghilangkan hak negara mentadbir.

Sejarah boleh bertukar. Kalau Asia adalah merupakan pengeluar beras utama dunia, kini dengan terlaksananya tekanan melalui FTA, asia menjadi pengimport beras dari negara maju. Pada tahun 2004, China telah menghasilkan 177, 434, 000 metrik tan, India 129,000,00 metrik tan, Indonesia 54,000,000 metrik tan. Sekiranya beras GE ini digunapakai, kemungkinan negara-negara ini hanya menjadi pengimport terbesar. Petani tidak mampu bersaing dengan harga beras GE yang zahirnya nampak lebih berkualiti.

Saintis Kanan Institut Dasar Pengguna dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Micheal K. Hansen dalam usaha memberi kesedaran kepada negara membangun menegaskan bahawa petani di Amerika Syarikat kerugian hampir RM4.6 juta billion kerana produk mereka gagal dipasarkan ke negara luar. Kaedah baru memasarkannya ialah melalui FTA. Sementara negara seperti Kanada, Perancis, German, Itali, Jepun, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat sentiasa menutup pintu bagi menerima barangan daripada negara-negara membangun.

Begitulah percaturan hidup yang dilakukan sebagai satu cara untuk mengaut keuntungan. Bagi negara yang lemah dan kurang pengalaman dalam urusan antarabangsa dan tiada kekuatan pengetahuan, mungkin menganggap tarikan bidang bioteknologi satu peluang tanpa menghalusi bagaimana bioteknologi ini akan menghilangkan kedaulatan negara akhirnya. Apa saja perkara dalam dunia ini tidak semudah yang disangkakan. Kalau terdetik satu keadaan mudah, pasti pemeriksaan rapi perlu dibuat bagi mengelak penyesalan di kemudian hari.